Profail

Persatuan ini didaftarkan di bawah Akta pertubuhan 1966 PPM/PHG. 1558/01 (No. Pen.: 829) pada 24 Jun 2002. Persatuan ditadbirkan oleh Pegawai-pegawai Persatuan iaitu di No. 87, Kampung Pagar Sasak, 27200 Kechau, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

Karung Berkunci 16, 27100 Padang Tengku, Pahang D. M. Ahli-ahlinya adalah terdiri daripada Ibu-ibu yang telah kematian suami (ibu tunggal) dan anak-anak yatim. Disamping itu Persatuan juga memberi bantuan kepada anak-anak yatim pelbagai bangsa seperti Cina, India dan Orang Asli, yang berada di Daerah Lipis.

Matlamat

Difenisi berkenaan dengan maksud ‘pendidikan’ di dalam nama pendaftaran ialah dimana merangkumi bidang pendidikan yang pertamanya ialah bidang pendidikan di sekolah dan universiti dan yang keduanya ialah bidang pendidikan perniagaan (keusahawanan).

Bagi peringkat sekolah persatuan akan membantu dari segi tempat tinggal dan kewangan untuk mengurangkan beban anak-anak supaya mudah mereka menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran dari sekolah rendah hinggalah keperingkat yang tertinggi.

Bagi peringkat pendidikan keusahawanan pula mana-mana pelajar yang terkandas di dalam pelajaran pihak persatuan akan mendidik mereka dengan cara menghantar pelajar-pelajar tersebut ke syarikat-syarikat yang telah dipilih oleh pihak persatuan untuk mempelajarai ilmu perniagaan dalam masa satu hingga empat tahun selepas itu akan diberikan kemudahan modal untuk menjalankan perniagaannya sendiri.