PROGRAM UTAMA PERSATUAN YANG AKAN DIJALANKAN
1. Penyelenggaraan Rumah Bahagia (bagi penjaga anak-anak yatim)
2. Pengurusan asrama kecil bagi anak-anak yatim
3. Pembiayaan persekolahan seperti bas dan sebagainya
4. Pengendalian program perniagaan
5. Bantuan kewangan perniagaan.
Rumah Bahagia (Penjaga Anak-Anak Yatim)
Bagi penjaga-penjaga anak-anak yatim dimana rumah-rumah mereka sudah uzur dan memerlukan bantuan untuk membaiki dimana kerja-kerja pembinaan dijalankan secara gotong-royong oleh masyarakat tempatan. Mereka juga akan diberikan pendidikan perniagaan yang bersesuaian dengan minat masing-masing.
Asrama Kecil Anak-Anak Yatim
Asrama ini bertujuan memudahkan mereka untuk menyertai kegiatan-kegiatan ko-kurikulum juga memberi masa untuk mereka menyiapkan kerja-kerja sekolah.
Pembiayaan Persekolahan
Dengan adanya perkhidmatan bas daripada Asrama ke sekolah-sekolah yang berdekatan akan dapat mengatasi masalah perjalanan yang jauh dan mempunyai masa yang cukup untuk mengulangkaji pelajaran.
Program Perniagaan
Bagi anak-anak yatim terkandas di dalam peperiksaan sama ada diperingkat rendah atau menengah mereka akan diberikan Pendidikan Perniagaan dimana mereka akan dihantar ke tempat-tempat yang telah ditentukan oleh pihak persatuan untuk mereka memperlajari ilmu-ilmu di dalam bidang perniagaan. Di antara syarikat-syarikat tersebut ialah:-
a. Syarikat Cenderamata | b. Syarikat Hardware |
c. Bengkel Motor/Kereta | d. Syarikat Insurance |
e. Pengiklanan & Percetakan |
Semua syarikat-syarikat ini berada di Kuala Lumpur dimana rumah-rumah penginapan disediakan.
Bantuan Kewangan
Kepada anak-anak yatim yang sudah mempunyai pengalaman di dalam bidang perniagaan dan berminat untuk menjalankan sendiri perniagaan tersebut dimana pihak persatuan akan memberi bantuan modal untuk mereka menjalankan perniagaan.